Nilai bahasa Melayu sebagai penggerak budaya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum
Adenan Ayob1.
Nilai bahasa Melayu penting dalam semua aspek kehidupan bermasyarakat, apatah lagi fungsinya berkait rapat dengan unsur keutuhan perpaduan. Para sarjana psikolinguistik mengkaji nilai bahasa dengan cara mengesan proses minda atau otak manusia memperoleh, memahami, menyimpan dan menggunakannya. Objektif kajian ini digubal untuk menganalisis kepentingan nilai bahasa Melayu dalam menggarab budaya cinta akan perpaduan. Kajian ini turut mengenal pasti cara sesuai berasaskan nilai bahasa Melayu untuk meningkatkan integriti asas budaya bagi pemupukan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Kaedah analisis kandungan yang berasaskan reka bentuk kualitatif digunakan untuk mencapai sasaran penggubalan objektif penyelidikan ini. Analisis pendapat tokoh-tokoh bahasa, budaya dan kebudayaan dilakukan dengan merujuk kepada bahan-bahan ilmiah seperti buku dan laporan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai bahasa Melayu menjadi teras utama dalam menjana perhubungan serta persefahaman antara satu kaum dengan satu kaum yang lain. Dasar-dasar yang dibentuk oleh pemerintah amat penting dalam memastikan nilai bahasa Melayu sentiasa dimartabatkan. Saranan yang penting ke arah lonjakan nilai bahasa Melayu adalah dengan memperteguh Kebudayaan Kebangsaan dari aspek penggunaannya, di samping memperjelas kedudukannya menerusi aspirasi Perlembagaan Negara.
Affiliation:
- Not Indicated, Not Indicated
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 551 time(s))