Pembelajaran secara koperatif dalam kelas bahasa Melayu
Norul Haida Reduzan1.
Kajian ini bertujuan meninjau tentang keberkesanan pelaksanaan pembelajaran secara koperatif dalam kelas Bahasa Melayu. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti sejauh mana kaedah pembelajaran koperatif itu berupaya untuk mengatasi jurang pelajar serta mengkaji persepsi berdasarkan latar belakang responden, iaitu pelajar semester berapa, jantina dan kaum. Justeru, seramai 70 orang responden yang terdiri daripada pelajar semester 5 di bawah tanggungjawab penyelidik telah dipilih sebagai sampel bagi kajian ini. Soal selidik telah digunakan bagi mendapatkan maklum balas responden mengenai keberkesanan pembelajaran koperatif ke atas tiga domain, iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan sistem perisian SPSS versi 18.0. Ujian t digunakan untuk melihat sama ada wujud perbezaan yang signifikan antara usia dan jantina terhadap pembelajaran secara koperatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa domain yang paling dominan dalam amalan pembelajaran koperatif adalah domain afektif. Justeru, terdapat perbezaan yang signifikan di antara tiga kaum bagi persepsi terhadap keberkesanan pelaksanaan pembelajaran koperatif.
Affiliation:
- Not Indicated, Not Indicated
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 600 time(s))