Aspek kognitif dalam pembentukan simpulan bahasa kata makan
Anida Sarudin1.
Keupayaan akal yang terserlah dalam penciptaan simpulan bahasa oleh masyarakat Melayu dahulu harus dikagumi dan diteliti. Warisan Melayu yang terserlah dalam ungkapan simpulan bahasa merupakan harta yang patut dipelihara oleh generasi masa kini dan akan datang. Kertas kerja ini menganalisis 16 simpulan bahasa kata makan menggunakan salah satu prinsip dalam semantik kognitif, iaitu metafora konsepsi yang didapati merupakan salah satu mekanisme memahami entiti abstrak melalui sesuatu yang konkrit. Pembentukan simpulan bahasa yang menggunakan kata makan sebagai dasarnya adalah kerana pemetaan antara-domain pengetahuan, iaitu pemetaan domain sumber kepada domain sasaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa setiap simpulan bahasa yang dikaji memiliki metafora konsepsi yang sama.
Affiliation:
- Not Indicated, Not Indicated
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 456 time(s))