Kepengarangan Hikayat Melayu dan Tuhfat Al-Nafis
Norazimah Zakaria1.
Pengarang dibina oleh konteks sosialnya. Konteks sosial di sini bertitik tolak daripada teori sosiologi yang melihat sastera sebagai produk budaya “art is a social product.” (Wolff. Janet, 1981: 1). Justeru, ia bukan sahaja melahirkan atau mencerminkan dunia zamannya tetapi juga amat dipengaruhi dan ditentukan oleh zamannya. Daripada pandangan Sosiologi Sastera, idea-idea pengarang terbit dan dibentuk oleh kolektif. Justeru, karya sastera dijadikan dokumen untuk membaca cita rasa dan aspirasi kolektif pada sesuatu zaman “art is at once a social product and an established means of social control” (Mukherjee, 1951: 1). Pendekatan sosiologikal dengan demikian akan dapat melihat faktor-faktor persekitaran atau konteks yang mempengaruhi karya. Melalui beberapa penentuan sosial kita juga dapat melihat beberapa aspek yang mendorong kelahiran sebuah teks itu. Maka bertitik tolak daripada pendekatan ini, makalah ini akan membincangkan kepengarangan teks Hikayat Melayu dan Tuhfat Al-Nafis yang lahir pada abad ke-19, namun mempunyai sudut pandangan yang berbeza berdasarkan teks dan konteks zaman pada masa itu.
Affiliation:
- Not Indicated, Not Indicated
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 484 time(s))