Unsur feminisme dalam pantun Melayu
Siti Khariah Mohd Zubir1.
Feminisme adalah sebahagian daripada wacana pengajian wanita yang muncul dalam pengajian antara budaya yang bersifat interdisiplin. Hal ini termasuklah pengajian budaya yang bermula daripada proses produksi hingga ke aspek penghayatan dan jati diri dengan sentiasa menyoal andaian dan perspektif dominan tentang budaya berkenaan. Dalam kajian ini, pengkaji mengkaji unsur feminisme yang terdapat dalam pantun Melayu. Pengkaji ingin memfokuskan kedudukan wanita dalam masyarakat Melayu. Kajian ini menggunakan sepuluh rangkap pantun yang berbeza. Pendekatan yang digunakan untuk menganalisis pantun-pantun Melayu ialah pendekatan feminisme dan pendekatan Moral Islam. Hasil kajian ini dapat mengenal pasti unsur feminisme dalam pantun Melayu dan mengupas secara terperinci kedudukan wanita dalam masyarakat Melayu.
Affiliation:
- Not Indicated, Not Indicated
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 409 time(s))