Proses kreatif A. Samad Said dalam penghasilan karya kreatif
Abdul Halim Ali1.
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan memahami aktiviti-aktivti dalam proses kreatif A. Samad Said berasaskan model proses kreatif Graham Wallas. Kajian ini menggunakan kaedah analisis deskriptif berpandukan data kepustakaan dan temu bual. Data dalam bentuk kepustakaan dan temu bual dihurai secara deskriptif berpandukan empat peringkat perkembangan proses kreatif Graham Wallas. Hasil kajian menemukan lima peringkat perkembangan kreatif A. Samad Said, iaitu peringkat pencambahan, pencarian diri, menemui diri, membina keperibadian dan peringkat keunggulan. Selain itu, kajian ini juga dapat menunjukkan koherensi gerak kerja kognitif A. Samad Said dengan karya yang dihasilkan berasaskan lima peringkat perkembangan kreatifnya. Hasil kajian juga menunjukkan, ada beberapa gerak kognitifnya yang terkeluar daripada kerangka model Wallas. Hasil kajian ini menunjukkan, proses kreatif pengarang bergerak secara tersusun dan bertahap dengan gerak kognisinya. Sementara itu, aspek yang ada signifikasi agama khususnya berkait dengan niat pengarang tidak dapat dijelaskan dengan model ini. Berasaskan hasil daripada kajian ini, pengkaji mencadangkan satu penelitian lebih luas terhadap pengarang-pengarang lain penting dilakukan bagi merangka sebuah model proses kreatif berasaskan nilai-nilai Melayu dan Islam yang boleh dijadikan asas memahami proses kreatif pengarang muslim.
Affiliation:
- Not Indicated, Not Indicated
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 473 time(s))