View Article |
Peribahasa melalui aspek nilai murni pelajar Korea
Normaliza Abd Rahim1, Kim Jang-Gyem2, Sonezza Ladyanna3.
Peribahasa merupakan budaya Melayu yang telah dimulakan sejak zaman dahulu lagi dan digunakan oleh orang tua untuk mengajar anak-anak kecil. Kini peribahasa dipelajari bermula dari peringkat sekolah rendah dan diharapkan dapat memberi kesedaran kepada mereka. Objektif makalah ini adalah untuk mengenal pasti serta membincangkan jenis peribahasa yang mengandungi nilai murni dalam kalangan pelajar Korea. Kajian ini melibatkan enam puluh peribahasa Melayu yang diperkenalkan kepada tiga kelas bahasa Melayu-Indonesia di Hankuk University of Foreign Studies, Korea. Empat puluh peribahasa telah dikenal pasti oleh pelajar Korea tidak mempunyai nilai murni yang berkaitan dengan kehidupan mereka, manakala dua puluh peribahasa dikenal pasti mempunyai nilai murni dan dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian pelajar. Sampel kajian terdiri daripada empat puluh dua pelajar Korea, lelaki dan perempuan berumur 22 hingga 27 tahun, yang mengambil jurusan bahasa Melayu-Indonesia sebagai bidang major. Pelajar diterangkan mengenai setiap peribahasa tersebut dan mereka telah cuba untuk menggunakan peribahasa dalam ayat sendiri. Pelajar juga dapat memberikan penjelasan yang jelas mengenai peribahasa tersebut dan mereka telah dapat mengenal pasti nilai murni yang terdapat dalam peribahasa. Nilai murni yang dikaitkan dengan peribahasa tersebut telah dikenal pasti penggunaannya dalam kehidupan seharian mereka. Kajian ini mengambil masa selama tiga minggu di mana pelajar mengambil bahagian dalam pengolahan ayat dan perbincangan dalam kumpulan kecil. Keputusan kajian mendapati bahawa pelajar dapat memahami akan fungsi dan erti peribahasa Melayu tersebut dan dapat mengaitkan dengan kehidupan mereka sendiri. Adalah diharapkan supaya kajian akan datang dapat memberi tumpuan kepada nilai estetika dalam peribahasa Melayu dalam kalangan pelajar Korea.
Affiliation:
- Not Indicated, Not Indicated
- Not Indicated, Not Indicated
- Not Indicated, Not Indicated
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 382 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|