Kesan penggunaan perisian pemprosesan kata terhadap pencapaian murid dalam penulisan karangan
Adenan Ayob1.
Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti kesan penggunaan perisian Pemprosesan Kata terhadap pencapaian murid dalam penulisan karangan. Penulisan karangan penting sebagai wadah untuk murid menyusun dan mempersembahkan buah fikiran, termasuk membuka ruang untuk mencerna idea. Subjek bagi kajian ini terdiri daripada murid-murid tingkatan empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Petaling, Kuala Lumpur yang dipilih secara rawak bertujuan. Mereka terdiri daripada 30 orang murid Tingkatan Empat Sastera Satu. Reka bentuk kuantitatif berasaskan kaedah eksperimen satu kumpulan telah digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam hasil penulisan murid dengan berpandukan skor min ujian pra dan pasca. Diharapkan supaya hasil daripada penyelidikan ini dapat membantu perancang dan penggubal dasar dalam kalangan pentadbir di institusi-institusi pendidikan ke arah menentukan penggunaan alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang lebih sistematik, selain membestarikan bidang pendidikan negara.
Affiliation:
- Not Indicated, Not Indicated
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 372 time(s))