Teori falsafah bahasa asas kesempurnaan berbahasa
Mohd Rashid Md Idris1.
Teori Falsafah Bahasa menjadikan bahasa sebagai objek perbincangan. Teori ini mengetengahkan situasi yang lebih jelas tentang perlunya seseorang itu mengupayakan tahap kesempurnaan berbahasa sama ada secara lisan, tulisan atau bukan lisan. Keutamaan adalah kepada penggunaan alat-alat artikulasi (alat-alat pertuturan) yang dikurniai oleh Pencipta dengan cara yang betul. Kesempurnaan kegiatan berbahasa dapat dilaksanakan dengan mengaplikasi tiga prinsip asas kesempurnaan berbahasa yang dianjurkan oleh teori ini, iaitu (i) berbahasa mengikut nahunya supaya maksud yang hendak disampaikan itu mencapai objektifnya, (ii) berbahasa untuk menyampaikan maklumat yang benar, dan (iii) berbahasa untuk tujuan ibadah. Dengan cara itu, kita telah melakukan perkara yang terbaik dalam urusan berbahasa dan mencapai tahap kesempurnaan berbahasa.
Affiliation:
- Not Indicated, Not Indicated
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 510 time(s))