Bahasa Melayu dan sastera mempunyai hubungan simbiosis dalam membina jati diri generasi moden
Siti Khariah Mohd. Zubir1.
Bahasa dan sastera tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanya dikatakan mempunyai hubungan simbiosis dan sering diungkapkan bagai ‘isi dengan kuku’ atau ibarat ‘irama dan lagu’. Oleh sebab itu, bahasa sama sekali tidak dapat dipisahkan pembinaannya daripada kegiatan kesusasteraan. Dalam hubungan antara bahasa dengan sastera, sastera adalah saluran atau alat yang paling baik bagi mengembangkan daya cipta kerana ekspresi sastera dan seni adalah bebas seperti bebasnya jiwa, fikiran dan perasaan manusia yang melahirkan karya-karya seni. Dalam kajian ini pengkaji akan melihat bagaimana penulisannya. Pengkaji juga akan memaparkan kebolehan penulis mencipta ungkapan-ungkapan yang baharu, gaya bahasa yang indah untuk menggambarkan dan menyatakan keanekaragaman fikiran dan perasaan manusia dan alam sekeliling dalam karya mereka yang berbentuk puisi, cerpen dan novel. Penulis juga tidak lupa menerapkan nilai-nilai yang boleh membentuk jati diri generasi moden dalam karya mereka.
Affiliation:
- Not Indicated, Not Indicated
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 378 time(s))