Konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu tradisional
Abdul Halim Ali1.
Makalah ini bertujuan membincangkan konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu tradisional berasaskan gagasan estetika yang dikemukakan oleh Muhammad Haji Salleh dan idea estetika oleh I.V. Braginsky. Analisis ini adalah sebuah analisis kepustakaan dan perbincangan dibuat secara deskriptif berdasarkan dua teks utama iaitu Puitika Sastera Melayu (2000) karya Muhammad Haji Salleh dan buku Erti keindahan dan Keindahan Erti (1994) oleh Braginsky. Hasil analisis menunjukkan terdapat tiga perbezaan ketara dalam mengkonsepsikan keindahan dalam kesusasteraan Melayu tradisional oleh dua tokoh ini iaitu sumber keindahan, dasar keindahan dan cara mengkonsepsi keindahan. Perbezaan ini berpunca daripada perbezaan pendekatan. Braginsky bersandar kepada idea struktural Yury Tynyanov lebih mementingkan aspek deksripsi tekstual yang dihubungkan dengan sokongan sumber Islam, manakala Muhammad Haji Salleh juga bersandar deskripsi tekstual tetapi tidak bersandarkan kepada sokongan sumber agama Islam. Analisis juga menunjukkan dua buah gagasan idea ini menjadi asas akademik untuk memahami makna keindahan dalam kesusasteraan Melayu dengan dua perspektif yang berbeza.
Affiliation:
- Not Indicated, Not Indicated
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 463 time(s))