Strategi diksi dalam kenang-kenangan hidup dan detik-detik diri di daerah daif
Abu Hassan Abdul1.
Artikel ini membincangkan strategi diksi dalam dua karya autobiografi Melayu yang terkenal, iaitu Kenang-kenangan Hidup oleh Hamka dan Detik-detik Diri di Daerah Daif oleh Shahnon Ahmad. Kajian ini bertujuan membandingkan teknik, gaya, stail serta kreativiti kedua-dua pengarang memanipulasi strategi diksi dalam konteks ilmu retorik demi mencapai matlamat dalam penulisan. Dengan berpandukan model retorik peluasan (MRP) dan 108,995 data korpus, kajian ini membuktikan bahawa pemilihan diksi yang tepat, segar, santai, indah, filosofis selain ciri-ciri pewarnaan setempat yang disampaikan menerusi dialek berjaya menghidupkan kedua-dua karya ini, sekali gus menampakkan keunikan dan kekuatannya yang tersendiri serta kaya dengan nilai-nilai didaktik yang dapat mendidik pembaca.
Affiliation:
- Not Indicated, Not Indicated
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 379 time(s))