Fenomena sosial dalam cerita rakyat kanak-kanak
Arba’ie Sujud1, Liliy Salwani Razali2, Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi3.
Hubungan sastera dan masyarakat sangat erat. Sastera adalah dokumentasi yang merakamkan kehidupan masyarakat. Hal-hal yang dipaparkan dalam sastera merangkumi peristiwa-peristiwa, aktiviti serta pergolakan yang berlaku dalam lingkungan sosial mereka. Dalam hal ini, cerita rakyat yang diteliti berhasil memaparkan pandangan dan sikap kelompok sosial di samping menggarapkan tentang fenomena yang berlaku dalam masyarakatnya. Selain itu melalui cerita rakyat kanak-kanak, dikesan gambaran kehidupan masyarakat tradisi yang meliputi sosiobudaya dan sistem kepercayaan mereka. Kepelbagaian makna di sebalik cerita rakyat yang diteliti, memancarkan pemikiran masyarakat tradisi terhadap sesuatu perkara. Lantaran itu, penelitian terhadap cerita rakyat kanak-kanak ini dapat memaparkan fenomena yang dicetuskan oleh masyarakat tradisi di samping memperlihatkan keperibadian dan kecendekiaan masyarakat Melayu.
Affiliation:
- Not Indicated, Not Indicated
- Not Indicated, Not Indicated
- Not Indicated, Not Indicated
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 447 time(s))