View Article |
Impak perubahan datum carta dan kecerunan pesisir depan terhadap ketidakpastian kedudukan titik pangkal Malaysia
Zaaim Hasan1, Othman A. Karim2, Khairul Nizam Abdul Maulud3.
Malaysia mempunyai tanggungjawab mendepositkan koordinat-koordinat titik-titik pangkal yang digunakan untuk mengukur lebar batas laut wilayah dan sempadan zon-zon maritim yang lain kepada Setiausaha Agung, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Titik-titik pangkal adalah asas kepada penetapan bagi zon-zon maritim, perundangan batas maritim dan perlaksanaan penguatkuasaan. Kertas ini menghuraikan bagaimana dua parameter penting iaitu kecerunan pesisir depan dan datum carta boleh menyebabkan ketidakpastian terhadap posisi titik-titik pangkal. Hubungkait trigonometri antara parameter membuktikan sisihan datum sebanyak 0.2 m dan kecerunan pesisir depan sebanyak 0.1º menyebabkan ketidakpastian posisi mendatar sebanyak 114.6 m. Ketidakpastian kedudukan titik pangkal menjadi signifikan apabila sisihan antara datum carta meningkat dan kecerunan pesisir depan semakin landai. Hasil prosesan kedudukan titik-titik pangkal melalui perisian “CARIS” mendapati perbezaan kedudukan titik-titik pangkal sebanyak 108 m, 169 m dan 107 m. Kesimpulannya, ketidakpastian ini boleh menyebabkan negara kerugian kawasan maritim.
Affiliation:
- Pusat Hidrografi Nasional, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Web of Science (SCIE - Science Citation Index Expanded) |
Impact Factor
|
JCR (1.009) |
Rank |
Q4 (Multidisciplinary Sciences) |
Additional Information |
JCI (0.15) |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q2 (Multidisciplinary) |
Additional Information |
SJR (0.251) |
|
|
|