View Article |
Faktor penentu prestasi pelajar matrikulasi dalam subjek perakaunan
Zuaini Ishak1, Nor Aziah Abdul Manaf2, Rosliza Mat Zin3.
Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang menentukan prestasi pelajar dalam subjek perakaunan di peringkat matrikulasi. Berdasarkan 450 soal selidik yang dikeluarkan, analisis kajian ke atas 393 sampel yang boleh digunakan menunjukkan purata gred pelajar secara keseluruhannya berada dalam lingkungan C. Penemuan kajian dengan menggunakan kaedah “stepwise” regresi berkali, menunjukkan hubungan positif yang signifikan antara markah perakaunan pengurusan dengan purata mata gred keseluruhan dan pencapaian bagi subjek perakaunan kewangan yang diambil oleh pelajar dalam semester sebelumnya. Di samping itu, sikap, jangkaan tahap motivasi dan jangkaan markah menunjukkan hubungan yang signifikan dengan prestasi pelajar. Bagaimanapun, dapatan kajian telah menunjukkan bahawa pelajar yang tidak mempunyai pendedahan awal dalam subjek perakaunan menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding dengan mereka yang mempunyai pendedahan awal dalam subjek perakaunan.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 465 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (2) |
Rank |
Q1 (Cultural Studies) Q2 (Education) Q3¬¬¬ (Psychology (all)) |
Additional Information |
SJR (0.385) |
|
|
|