View Article |
Hubungan gender dengan strategi pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar sekolah menengah agama di Terengganu
Kamarul Shukri Mat Teh1, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff2, Mohamed Amin Embi3, Zamri Mahamod4.
Beberapa kajian yang merentasi pelbagai budaya menunjukkan bahawa pelajar perempuan lebih banyak dan kerap menggunakan Strategi Pembelajaran Bahasa (SPB) berbanding pelajar lelaki (Ehrman & Oxford, 1989; Green & Oxford, 1995). Namun begitu, terdapat kajian menunjukkan tiada perbezaan signifi kan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam penggunaan SPB (Chang, 1990; Chou, 2002). Malah, ada juga kajian menyimpulkan bahawa kadangkala pelajar lelaki lebih banyak menggunakan sesetengah strategi tertentu (Oxford, 1994; Wharton, 2000).Perbezaan linguistik seperti ortografi juga dapat mempengaruhi penggunaan strategi (Douglas, 1992; Grabe, 1986). Justeru, kertas ini memerihalkan dapatan kajian tentang penggunaan SPB dalam pembelajaran bahasa Arab berdasarkan perbezaan gender. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik kendiri Strategi Pembelajaran Bahasa Arab (SPBA) yang diadaptasi daripada SILL (Oxford, 1990). Subjek kajian yang dipilih secara rawak adalah terdiri daripada 460 orang pelajar Tingkatan 4 di 13 buah sekolah menengah agama di Terengganu. Dapatan kajian menunjukkan pelajar perempuan lebih banyak menggunakan SPB secara keseluruhan berbanding pelajar lelaki semasa mempelajari bahasa Arab. Kajian ini juga menunjukkan pelajar perempuan lebih kerap menggunakan strategi memori, afektif, dan
metafizik berbanding pelajar lelaki. Tiada perbezaan signifi kan pada penggunaan strategi kognitif, metakognitif, tampungan, dan sosial.
Affiliation:
- Universiti Darul Iman Malaysia , Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 495 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (2) |
Rank |
Q1 (Cultural Studies) Q2 (Education) Q3¬¬¬ (Psychology (all)) |
Additional Information |
SJR (0.385) |
|
|
|