View Article |
Mengglobalisasikan sistem piawaian standard Halal Malaysia di peringkat dunia
Mohd Al’Ikhsan Ghazali1, Siti Salwa Md. Sawari2.
Keperluan untuk mewujudkan satu standard halal global kini merupakan isu yang paling penting dalam industri halal. Ini kerana, perbezaan standard halal bukan sahaja antara negara tetapi juga di setiap negara berikutan kehadiran pelbagai pihak berkuasa dalam menentukan status halal. Maka dengan itu kertas kerja ini akan membincangkan apakah keperluan standard halal dunia di laksanakan. Selain daripada itu kertas kerja ini turut menerangkan kelebihan dan kekurangan standard halal yang ada di Malaysia ke arah pengiktirafan global. Hasil daripada kertas kerja ini mendapati bahawa proses penyeragaman atau menetapkan standard halal global amatlah perlu bagi mengelakkan berlakunya salah faham, kekeliruan, penyalahgunaan sijil halal dan kerugian bagi pihak pengusaha. Maka dengan itu perlulah diperjelaskan di sini bahawa pengglobalan piawaian standard halal adalah sesuatu yang penting bagi memastikan industri ini terus bersifat berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 489 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|