View Article |
Kefahaman ibadat solat fardu dalam kalangan pelajar Muslim: kajian tinjauan di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka
Hasna Bidin1, Ahmad Syukran Baharuddin2, Mohd Ismail Mustari3.
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauhmana kefahaman solat fardu dalam kalangan pelajar muslim di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka. Penyelidik telah menggunakan borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Satu set soal selidik yang mengandungi 20 item telah diedarkan kepada responden. Manakala data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian “Statistical Package For Social Sciences” (SPSS) versi 20.0 untuk melihat statistik deskriptif. Kajian ini mempunyai tiga skop kajian iaitu kefahaman pelajar tentang solat fardu, kefahaman mereka tentang tuntutan solat berjemaah dan balasan keatas orang-orang yang meninggalkan solat fardu. Responden dalam kajian ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar muslim semester akhir di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka seramai 75 orang yang dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Sampel-sampel ini diambil daripada lima program Sijil Kolej Komuniti (SKK) yang terdapat di Kolej Komuniti tersebut iaitu Sijil Pemasangan Elektrik, Sijil Servis kenderaan Ringan, Sijil Kulinari, Sijil Operasi Perhotelan dan Sijil Fesyen dan Pakaian. Hasil analisis menunjukkan bahawa kefahaman responden tentang solat fardu adalah tinggi. Begitu juga hal keadaannya dengan tahap kefahaman mereka tentang tuntutan solat berjemaah juga tinggi. Manakala tahap kefahaman mereka terhadap balasan ke atas orang-orang yang meninggalkan solat juga berada pada aras yang tinggi. Oleh itu, harapan pengkaji agar para pensyarah meningkatkan daya usaha dan komitmen bagi membimbing pelajar-pelajar dengan menyediakan aktiviti-aktiviti kerohanian. Di antara aktiviti-aktiviti kerohanian yang perlu dilaksanakan ke atas pelajar-pelajar ialah kem ibadah, kursus-kursus dan program pemantapan solat bagi meningkatkan tahap kefahaman dan pelaksanaan solat fardu dalam kehidupan mereka seharian
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 920 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|