View Article |
Prinsip, adab dan amalan Ratib Al-`Attas dalam tarekat `Alawi ́yah: suatu sorotan ringkas
Mohd Azman Mohsin1, Md Hamzaimi Azrol Md Baharudin2, Othman Napiah3, Sulaiman Shakib Mohd Noor4.
Artikel ini adalah bertujuan menerangkan tentang latarbelakang tarekat Alawiyah, prinsip-prinsip, doktrin amalan Ratib al-Attas dan adab-adab semasa beratib yang diamalkan oleh para pembimbing dan pengamal ratib ini. Tarekat ini telah diasaskan oleh al-Faqih Muqaddam Muhammad bin Ali Ba`Alawi (w.653H), di mana jalur nasab beliau sampai kepada Baginda Rasulullah s.a.w. Pengorbanan dakwah para sadah `Alawiyin ini melalui misi dakwah, perdagangan dan perkahwinan telah berkembang sejak awal 1,400 M di seluruh Nusantara khususnya di Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia. Seiring dengan penyebaran dakwah Islamiyah ini oleh para sadah `Alawiyin telah menyebabkan tersebarnya amalan tarekat dan ratib di seluruh Nusantara. Amalan Ratib al-Attas ini telah diperkenalkan oleh seorang Wali Qutub Habib Umar bin Abdul Rahman al-Attas (w. 1072H), wafat di Huraidah, Hadramaut, Yaman. Amalan ratib ini adalah salah satu dari koleksi ratib-ratib yang terdapat dalam tarekat `Alaw ́yah. Kebelakangan ini amalan Ratib al-Attas semakin mendapat tempat dihati masyarakat Islam dalam melestarikan tarbiyah kejiwaan khususnya anjuran yang semakin berkembang positif di madrasah, masjid, surau, rumah kediaman dan lain-lain lokasi yang sesuai bagi tujuan tersebut. Amalan ini secara praktikalnya dilaksanakan samada secara bersendirian atau secara berjamaah tanpa dibatasi waktu tertentu, dan khususnya dilakukan pada waktu malam. Amalan ratib juga merupakan sebagai satu proses pendidikan rohani secara informal bagi tujuan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dan memperolehi kesejahteraan dan keselamatan zahir dan batin, dunia dan akhirat.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 453 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|