Perubahan domain dalam memaknakan darah: Analisis gaya komunikasi berbahasa dalam peribahasa melayu
Hishamudin Isam1, Mashetoh Abd Mutalib2, Norma Saad3, Nasariah Mansor4.
Kajian ini cuba untuk memahami makna leksis kata kunci darah yang kerap dijadikan lambang atau simbol dalam peribahasa Melayu. Dengan menelusur sub korpus data peribahasa yang berpangkalan di www.malaycivilization.com/, sebanyak 116 peribahasa berkaitan darah telah diklasifikasikan mengikut kategori-kategori tertentu, berdasarkan prinsip kognitif. Hasil analisis menunjukkan bahawa berlaku perubahan domain dalam memaknakan leksis kata kunci darah, bermula daripada domain [cecair] yang memerikan darah dalam dua kategori iaitu kategori umum (darah ialah darah) dan kategori khusus (darah mewakili penyakit dan warna), membawa kepada domain [perasaan] dan [sikap]. (Disalin daripada artikel)
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 383 time(s))