Konsep dan bentuk metrologi dalam peribahasa suku kaum semai di Lembah Jelai, Pahang
Mohd. Rasdi bin Saamah1, Abu Hassan bin Abdul2.
Kajian ini dilaksanakan untuk melihat jenis-jenis ukuran dan sukatan yang terdapat dalam peribahasa masyarakat Orang Asli suku kaum Semai, selain melihat pemikiran mereka terhadap alam persekitaran dan pengalaman sebagai sumber ukuran dan sukatan dalam kehidupan seharian. Data-data dalam kajian ini terdiri daripada 43 peribahasa masyarakat Orang Asli suku kaum Semai. Teori yang digunakan dalam kajian ini ialah Teori Relativiti Linguistik yang menjadi dasar kepada Hipotesis Sapir-Whorf (1921) . Kajian ini mendapati bahawa beberapa kategori ukuran dan sukatan telah digunakan dalam peribahasa masyarakat Orang Asli suku kaum Semai, iaitu ukuran keluasan, ukuran ketinggian, ukuran masa dan ukuran jarak. Kajian ini dapat membuktikan bahawa masyarakat Orang Asli suku kaum Semai juga mempunyai pemikiran tentang kepentingan piawaian dalam aktiviti kehidupan mereka. (Disalin daripada artikel)
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 366 time(s))