Bayangan inses dalam Hikayat Raja Pasai
Norazimah Zakaria1.
Makalah ini menggunakan kaedah konsep kepengarangan Melayu tradisi bagi melihat peranan pengarang tradisi dan pendekatan Psikoanalisis Freud untuk melihat personaliti watak di dalam teks. Dalam penulisan Hikayat Raja Pasai, gejala inses tidak berlaku tetapi pengarang hanya memberikan gambaran bayangan inses itu melalui sikap dan tindak tanduk Sultan Ahmad Perumudal Perumal. Dalam hal ini, walaupun ada dorongan untuk berlakunya inses, pengarang yang terikat dengan adab kepengarangan Melayu menggunakan kreativitinya dengan memaparkan secara simbolik kesan dan akibat daripada bayangan inses itu. Dalam Islam gejala inses adalah haram di sisi agama dan ia adalah perbuatan yang amat terkutuk dan disebut dalam budaya Melayu sebagai “haruan makan anak.”(Disalin daripada artikel)
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 400 time(s))