Pemikiran Khadijah Hashim dalam Novel Badai Semalam dan Laila Azwa Gadisku untuk Membangunkan Sahsiah Belia
Siti Khariah Binti Mohd Zubir1, Nur Aisyah Binti Abdullah2.
Pemikiran merupakan proses menggunakan akal fikiran atau minda untuk menghasilkan sesuatu perkara atau menyelesaikan dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Objektif kajian ini, ialah mengenal pasti pemikiran penulis dalam karya Khadijah Hashim yang dapat membangunkan sahsiah belia dan menganalisis pemikiran penulis dalam karya dengan menggunakan Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) Pengkaji mendapati bahawa keempat-empat pemikiran iaitu pemikiran kerohanian, kebitaraan, kesaintifikan dan kekreatifan dalam Teori SPB4K ada diterapkan dalam karya yang dikaji dan diharap memberi nilai tambah terhadap mewujudkan kesedaran dalam diri belia dalam membangunkan sahsiah mereka.(Disalin daripada artikel)
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 427 time(s))