Perbandingan sebagai strategi retorik dalam iklan radio
Siti Saniah Abu Bakar1.
Kajian ini dilakukan untuk melihat bagaimana unsur perbandingan dalam ungkapan darjah penghabisan, tingkat ketiadaan, tingkat kelebihan, dan tingkat kesangatan yang merupakan salah satu daripada daya cipta bahasa untuk mencapai matlamat retorik dimanipulasikan oleh pengiklan dalam iklan radio. Iklan yang memanipulasikan unsur perbandingan itu juga turut ditinjau sama ada memenuhi Prinsip Kesopanan Leech atau tidak. Korpus iklan berdasarkan rakaman audio menjadi bahan untuk kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan pengiklan bijak memanipulasikan unsur perbandingan dengan memilih kata dan frasa yang kabur, mengelirukan dan membuatkan pendengar tertanya-tanya tentang maksud pengiklan sebagai strategi pengiklan untuk menarik perhatian pendengar. Terdapat empat daripada enam maksim yang digariskan oleh Leech dalam Prinsip Kesopanan diterapkan oleh pengiklan, iaitu Maksim Sokongan, Maksim Santun, Maksim Persetujuan dan Maksim Kedermawanan dalam iklan-iklan yang disiarkan. (Disalin daripada artikel)
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 402 time(s))