Konflik dalam cerita rakyat dan kesannya kepada kanak-kanak
Siti Zuhaidah Zakeria1, Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi2.
Kajian ini menggunakan koleksi cerita rakyat dalam majalah Dewan Pelajar terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang disiarkan pada setiap bulan. Majalah Dewan Pelajar menyajikan cerita-cerita rakyat dalam ruangan “Cerita Rakyat” atau “Cerita Klasik” ini dilihat sebagai suatu usaha awal yang mendedahkan golongan cilik dan tentang kebudayaan serta akal budi bangsa Melayu tradisional. Kata bijak pandai “sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari”, telah menjadi bukti betapa perlunya kanak-kanak dididik untuk berhadapan dengan sebarang konflik dalam kehidupan mereka. Tujuan kajian ini untuk mengenal pasti dan menganalisis konflik yang berlegar dalam kalangan masyarakat Melayu dahulu dan kebijaksanaan mereka dalam menyelesaikan konflik tersebut. Hasil kajian menunjukkan ketinggian akal budi masyarakat Melayu dahulu dapat dikesan apabila kanak-kanak mendapat pengajaran daripada peristiwa lepas. (Disalin daripada artikel)
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 397 time(s))