Makna penutur dalam ayat teks ucapan tunku abdul rahman: Satu analisis teori relevan
Wong Shia Ho1.
Dalam ucapan, makna sebenar daripada ayat yang diujarkan tidak semestinya mengikut penetapan nahu sahaja kerana makna ujaran juga dapat disampaikan secara implisit. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi menganalisis ujaran implisit daripada pelbagai jenis ayat yang digunakan oleh Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Malaysia Pertama) dalam ucapannya berdasarkan data korpus. Kajian ini menggunakan pendekatan pragmatik yang memanfaatkan Teori Relevans (TR). Teori ini menekankan peranan kognitif, iaitu melibatkan konteks, kesan konteks (kognitif) dan usaha memproses. Penggunaan TR amat berkesan dalam usaha mendapatkan makna penutur dalam ayat yang digunakan dalam ucapan. Di samping itu, dapat dikesan juga bahawa ayat yang digunakan dalam ucapan oleh Tunku tidak semestinya berfungsi sebagaimana yang dinyatakan dalam rumus tatabahasa. (Disalin daripada artikel)
Affiliation:
- Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 422 time(s))