Modul literasi: Penglibatan ibu bapa bagi mempertingkatkan pencapaian literasi kanak-kanak
Zainiah Mohamed Isa1.
Kajian ini bertujuan untuk menguji kesan penggunaan modul panduan literasi ibu bapa bagi mempertingkatkan pencapaian literasi kanak-kanak. Seramai 56 kanak-kanak daripada enam buah taska di Terengganu telah dijadikan sampel dalam kajian yang berbentuk eksperimen ini. Data praujian untuk kedua-dua kumpulan rawatan dan kawalan telah diambil sebelum ibu bapa dalam kumpulan rawatan diberikan latihan melalui bengkel yang telah diadakan. Selepas kajian dijalankan selama 10 minggu, ujian pasca pula dijalankan kepada kumpulan rawatan dan kawalan. Keputusan ujian Wilcoxson t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan pencapaian keseluruhan literasi antara kumpulan rawatan dan kawalan selepas menggunakan modul, iaitu pencapaian literasi (z=-.205, p>.05). Oleh itu keputusan analisis menunjukkan penggunaan modul literasi awal ini tidak dapat meningkatkan pencapaian keseluruhan pencapaian awal literasi. (Disalin daripada artikel)
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 458 time(s))