Articles uploaded in MyJurnal |
|
|
View Article |
Meramal aliran udara dan keselesaan di dalam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menggunakan simulasi komputer
Shamsul Sarip1, Mat Nawi Wan Hassan2.
Kajian sistem pengudaraan di dalam kertas kerja ini melibatkan model dua dimensi k- bergelora di mana aliran adalah tidak mampat dan juga tidak sesuhu. Tujuan kajian ini dilakukan bagi menentukan taburan aliran udara dan suhu di dalam dewan utama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Apabila mengetahui aliran udara dan suhu dengan menggunakan perisian komputer FLUENT, maka tahap keselesaan di dalam dewan ini dapat ditentukan. Sembilan kes telah dijalankan bagi melihat kesan halaju udara masukan, halaju udara dari kipas heli dan juga arah aliran udara kipas heli terhadap peratusan ketidak puasan pengguna. Ciri-ciri pencampuran bagi menentukan tahap keselesaan ialah dengan mengkaji kesan halaju dan suhu yang berbeza pada kawasan masukan serta halaju udara disebabkan oleh kipas heli. Arah aliran halaju udara kipas melibatkan dua keadaan iaitu arah ke bawah dan ke atas. Keputusan kajian dinyatakan dalam bentuk taburan halaju dan suhu serta dapat menentukan kawasan yang kritikal iaitu tahap keselesaan yang tidak sesuai bagi pengguna. Didapati Kes 3,4, 5, 6 dan 7 menunjukkan kesan keselesaan yang amat baik di mana peratusan PPD di antara 10% hingga 20%. Kesan kedudukan kipas heli juga mempengaruhi kesan keselesaan di dalam dewan utama. Keselesaan kawasan ini dapat diperbaiki dengan mengubah kedudukan dan menambah jumlah kipas di dalam dewan.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 137 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q3 (Engineering (all)) |
Additional Information |
SJR (0.191) |
|
|
|
|
|