Articles uploaded in MyJurnal |
|
|
View Article |
Kesan Bentuk Hujung Elektrod Terhadap Kimpalan Rintangan Bintik Mikro Sambungan Titanium-Nikel
Hussain Zuhailawati1, Emee Marina Salleh2, Alaa Muhsin Saeed3.
Kimpalan rintangan bintik mikro bagi bahan yang berbeza adalah lebih mencabar berbanding kimpalan bahan yang sama disebabkan perbezaan sifat-sifat fizikal dan kimia logam dasar. Namun, penggunaan aloi pengisi di antaramuka dua bahan yang berbeza ini boleh mengatasi masalah tersebut. Kajian ini mengkaji kelakuan mekanikal dan ciri-ciri mikrostruktur kimpalan bintik titanium-nikel dengan aloi pengisi 71Ag-28Cu-1Mg dan juga tanpa aloi pengisi menggunakan elektrod berhujung bulat, segiempat dan cincin. Sambungan dari elektrod berhujung bulat memberikan beban kegagalan dan kekerasan mikro yang tertinggi kerana ia menghasilkan ketumpatan arus yang tinggi pada kawasan sentuhan yang kecil pada bahan kerja. Kawasan sentuhan yang kecil menyebabkan penembusan nuget terkimpal yang dalam yang menguatkan sambungan. Penambahan aloi pengisi Ag-Cu-Mg semasa kimpalan bintik telah menambahbaik kebolehkimpalan berbanding dengan sambungan tanpa pengisi.
Affiliation:
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 135 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q3 (Engineering (all)) |
Additional Information |
SJR (0.191) |
|
|
|
|
|