Articles uploaded in MyJurnal |
|
|
View Article |
Mikroorganisma antagonis sebagai kawalan biologi penyakit utama padi
Allicia Jack1, Kogeethavani Ramachandran2.
Dalam kajian ini, sebanyak 26 mikroorganisma yang terdiri daripada 11 isolat kulat dan 16 isolat bakteria telah disaring ke atas patogen penyakit karah (Pyricularia oryzae). Kesemua mikrob tersebut disaring secara in vitro menggunakan kaedah dual kultura. Kesemua kulat yang digunakan dalam ujikaji ini dipencil dari tanah tanaman padi aerob manakala bakteria endofit pula dipencil dari tisu batang pokok padi sihat. Lima isolat telah dikenal pasti mempunyai potensi sebagai agen kawalan biologi kerana menunjukkan keputusan PIRG (peratusan perencatan pertumbuhan radius) yang tinggi iaitu melebihi 80%. Dua isolat kulat dikenal pasti sebagai Trichoderma (F15 dan F16) manakala yang selebihnya terdiri daripada tiga isolat bakteria (I5, I6 dan I16). Keputusan analisis jujukan 16S rDNA menunjukkan ketiga-tiga bakteria endofit tersebut adalah 100% sama dengan Paenibacillus polymyxa (Nombor aksesi Bank Gen: GU332610.1).
Affiliation:
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Malaysia
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 160 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q3 (Engineering (all)) |
Additional Information |
SJR (0.191) |
|
|
|
|
|