View Article |
Penentuan tempoh kritikal untuk mengawal rumpai dalam kawasan penanaman padi wangi MRQ 76, Q 88 dan Q 89
Chong, Tet Vun1, Azimah Abd Kadir2, Azmi Man3, Chew, See Eng4, Baharudin Abas5, Norhidayati Sunyob6, Aqilah Adnan7, Syazwani Mohd Rosli8.
Satu kajian tempoh kritikal untuk kawalan rumpai dalam sawah padi wangi MRQ 76, Q 88 dan Q 89 telah dijalankan pada musim utama 2012/2013 dan musim luar 2013 di MARDI Seberang Perai. Berdasarkan tahap kehilangan hasil 5% untuk MRQ 76, Q 88 dan Q 89 pada musim utama ialah pada hari ke-5 hingga 64, 13 hingga 68 dan 8 hingga 66 selepas tabur. Manakala untuk musim luar, tempoh kritikal adalah MRQ 76, Q 88 dan Q 89 ialah dari hari ke-6 hingga 73, 9 hingga 81 dan 3 hingga 83 selepas tabur benih. Berdasarkan tahap kehilangan hasil 10% untuk MRQ 76, Q 88 dan Q 89, tempoh kritikal bagi musim utama ialah pada hari ke-19 hingga 38, 28 hingga 41 dan 14 hingga 53 selepas tabur benih. Manakala tempoh kritikal untuk musim luar bagi MRQ 76, Q 88 dan Q 89 ialah dari hari 15 hingga 55, 19 hingga 68 dan 10 hingga 66. Merujuk kepada hasil padi, ia jelas menunjukkan bahawa musim luar memberikan tempoh kritikal yang lebih panjang untuk mengawal rumpai. Ini mungkin disebabkan oleh pengaruh cuaca yang lebih panas dan kering yang boleh menjejaskan kadar pertumbuhan padi dan secara langsung mengurangkan kebolehsaingan pokok padi wangi terhadap rumpai.
Affiliation:
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Malaysia

Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 162 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q3 (Engineering (all)) |
Additional Information |
SJR (0.191) |
|
|
|