View Article |
Ciri morfologi, fisiko-kimia dan kerintangan dua titisan padi kemandulan jantan sitoplasma (CMS) baru
Elixon Sunian1, Mohd. Solihen Jamal2, Asfaliza Ramli3, Othman Omar4, Habibbudin Hashim5, Siti Norsuha Misman6, Maisarah Mohd Saad7.
Titisan padi CMS (Kemandulan jantan sitoplasma) merupakan salah satu induk yang penting dalam teknologi pengeluaran padi hibrid yang menggunakan sistem Tiga-titisan. Kacuk-uji untuk memilih titisan padi penyelenggara tempatan telah dilakukandengan menggunakan 24 titisan padi dengan dua titisan CMS-WA (wild abortive) iaitu IR78374A/B dan 1A/B. Dua Kombinasi F1iaitu IR78374A/P519 dan 1A/MR243 menunjukkan peratusan biji bernas yang kurang daripada 10% (masing-masing 6.4 dan 7.2%), ini menunjukkan P519 dan MR243 ialah separa penyenggara dan boleh digunakan dalam pembangunan titisan padi CMS tempatan. Hasilnya, dua titisan CMS iaitu 0025A/B dan 0047A/B telah dibangunkan melalui 5 hingga 6 proses kacukan balik,masing-masing dengan IR78374A denganP519 manakala 1A dengan MR243. Titisan CMS 0025A/B dan 0047A/B mempunyai jangkamasa matang yang julat yang sama seperti kebanyakan varieti inbred yang biasa ditanam. Peratusan juluran stigma bagi CMS 0025A/B dan 0047A/B ialah masing-masing 17.9 dan 21.3%, dan lebih rendah berbanding IR78374A/B (43.2%). Kedua-duanya juga menunjukkan kadar pendebungaan silang yang rendah. Kualiti beras CMS 0025A/B dan 0047A/B dikategorikan sebagai panjang dan tirus. Ia juga mempunyai kandungan amilosa yang sederhana dan setanding dengan MR263.Konsistensi gel titisan-titisan CMS tersebut adalah keras berbanding dengan MR263 (sederhana). Titisan CMS 0025A/B dan 0047A/B juga sederhana rintang kepada penyakit karah daun dan serangga perosak benah perang.
Affiliation:
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Malaysia

Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 145 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q3 (Engineering (all)) |
Additional Information |
SJR (0.191) |
|
|
|