Articles uploaded in MyJurnal |
|
|
View Article |
Kesan suhu pengeringan dan darjah pengilangan terhadap kandungan 2-Acetyl-1-pyrroline (2-AP) di dalam beras wangi
Hanisa Hosni1, Razali Mirad2, Rosalizan Md. Saleh3, Wahid Said4, Asfaliza Ramli5, Engku Hasmah Engku Abdullah6, Noor Amin Ramli7.
Penilaian ke atas sebatian aktif bagi beras wangi iaitu 2-Acetyl-1-pyrroline (2-AP) dengan ujikaji suhu pengeringan dan darjah pengilangan berbeza telah dijalankan. Berdasarkan kajian, didapati kandungan 2-AP lebih tinggi apabila padi dikeringkan pada suhu 45°C, berbanding pada suhu 40°C dan 50°C. Sebatian 2-AP telah diekstrak dan diserapkan dengan menggunakan fiber Solid Phase-Micro Extraction (SPME) dan dianalisis menggunakan kromatografi gas-spektrometer jisim (GC-MS). Darjah pengilangan beras diukur dengan peratus kehilangan bran. Peratus pengasingan bran yang tinggi bermaksud bacaan darjah pengilangan yang tinggi. Keputusan kajian darjah pengilangan pula menunjukkan kandungan 2-AP lebih tinggi di dalam beras yang mempunyai peratus kehilangan bran yang tinggi.
Affiliation:
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Malaysia

Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 158 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q3 (Engineering (all)) |
Additional Information |
SJR (0.191) |
|
|
|
|
|