View Article |
Padi aerob untuk mengatasi masalah kekurangan air
Sariam Othman1, Hussain, Zainudin P.M.D2, Chan, Chee Sheng3, Azmi Man4, Rosniyana Ahmad5, Badrulhadza Amzah6.
Keselamatan makanan terutamanya beras di Malaysia pada masa kini dan akan datang banyak bergantung kepada pengeluaran padi sawah berpengairan yang memerlukan bekalan air yang banyak. Tanda-tanda berkurangannya sumber air negara yang disebabkan oleh peningkatan permintaan air untuk kegunaan domestik dan industri selain taburan hujan tidak menentu dan perubahan iklim mengancam pengeluaran padi sawah. Senario ini boleh mengubah bagaimana padi dihasilkan pada masa hadapan. Padi aerob adalah sistem pengeluaran padi yang dapat menjimatkan air dan berpotensi menjadi pilihan yang terbaik untuk menghasilkan padi dalam persekitaran yang menghadapi masalah kekurangan air. Dengan adanya varieti padi yang tahan keadaan aerob, respon kepada pengairan dan pembajaan, berdaya saing terhadap rumpai dan berhasil tinggi adalah penting untuk menjayakan sistem pengeluaran padi aerob. Memandangkan rumpai merupakan kekangan utama dalam tanaman padi aerob, ia mesti dikawal dengan berkesan melalui pengurusan rumpai bersepadu. Selain itu amalan pengurusan tanaman, nutrien penyakit dan perosak yang sesuai akan memastikan kejayaan sistem pengeluaran padi aerob.
Affiliation:
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Malaysia

Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 142 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q3 (Engineering (all)) |
Additional Information |
SJR (0.191) |
|
|
|