Articles uploaded in MyJurnal |
|
|
View Article |
Penanaman padi merah tempatan, MRM 16 dalam keadaan tanah semi-aerob dan aerob dapat mengurangkan pengambilan arsenik
Shahida Hashim1, Asfaliza Ramli2, Zaki Musa3.
Padi merah diklasifikasikan sebagai padi istimewa kerana mempunyai ciri beras berwarna. Warna
merah pada lapisan luar perikap menunjukkan kehadiran pigmen antosianin pada beras merah. Namun begitu, logam berat seperti arsenik di dalam padi merah menjadi isu penting kerana membabitkan risiko pada kesihatan terutamanya pada bayi. Ini kerana lazimnya padi merah digunakan sebagai bahan asas di dalam pembuatan makanan bayi. Bagi mengatasi masalah ini, satu kajian mengenai kesan tahap pengairan terhadap konsentrasi arsenik dalam padi merah tempatan, MRM 16 telah dijalankan pada musim utama 2007/2008 dan musim luar 2008. Tahap pengairan yang diuji adalah penanaman padi merah dalam keadaan tanah sawah, separa-aerob dan aerob. Keputusan menunjukkan konsentrasi arsenik adalah tertinggi dalam sampel tanah dan biji apabila MRM 16 ditanam secara sawah bagi kedua-dua musim. Walau bagaimanapun, konsentrasi arsenik di dalam sampel tanah dan biji adalah rendah apabila padi merah ditanam secara separa-aerob dan aerob. Konsentrasi arsenik di dalam sampel tanah dan biji menunjukkan perkaitan yang positif. Walau bagaimanapun, analisis hasil menunjukkan prestasi hasil MRM 16 adalah lebih baik apabila ditanam dalam keadaan tanah sawah ataupun separa-aerob.
Affiliation:
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Malaysia
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Malaysia
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 132 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q3 (Engineering (all)) |
Additional Information |
SJR (0.191) |
|
|
|
|
|