View Article |
Kepelbagaian sumber genetik padi di bank gen padi MARDI Seberang Perai
Site Noorzuraini Abd Rahman1, Mohd Shukri Mat Ali2, Ismail Muhamod Nor3, Latefi Mahmud4, Fauziah Shafie5.
Bank Gen Padi yang terletak di MARDI Seberang Perai merupakan bank biji benih pertama di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1989 dengan tujuan untuk memulihara kepelbagaian biji benih germplasma padi negara daripada kepupusan dan untuk kegunaan di dalam penyelidikan dan program pembaikbakaan padi di masa akan datang. Kesemua germplasma padi ini diperolehi melalui aktiviti pengumpulan padi di seluruh Malaysia, manakala varieti-varieti padi dari negara luar diperolehi melalui Program Kerjasama melibatkan pertukaran biji benih. Sehingga kini, sejumlah 12,258 aksesi padi tersimpan di Bank Gen ini iaitu merangkumi 32.7% varieti padi tradisional, 35.7% varieti diisytihar serta baka kacukan yang dihasilkan oleh penyelidik MARDI dan selebihnya adalah varieti padi daripada luar negara. Kajian yang dijalankan mendapati aksesi-aksesi padi yang tersimpan di Bank Gen ini mempunyai nilai kepelbagaian yang tinggi. Beberapa sifat morfologi padi turut menunjukkan korelasi yang sangat signifikan dan ini amat berguna untuk penyelidikan dan pembangunan tanaman padi untuk menghasilkan varieti-varieti padi baru yang berhasil tinggi untuk menampung bekalan makanan negara.
Affiliation:
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Malaysia
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Malaysia
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Malaysia
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Malaysia
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 128 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q3 (Engineering (all)) |
Additional Information |
SJR (0.191) |
|
|
|