View Article |
Potensi padi bukit sebagai alternatif kepada padi sawah
Zaidah Rahmat1, Alina Wagiran2, Nurain Mohd Nazir3, Shahkila Mohd Arif4, Siti Nur Ain Zulkifli5, Azman Abd Samad6, Mohd Shahir Shamsir7, Faezah Mohd Salleh8, Mohamad Roji Sarmidi9.
Malaysia mengimport sebahagian keperluan beras Negara bagi menampung permintaan beras yang tinggi. Padi sawah ditanam secara meluas di Semenanjung Malaysia manakala padi bukit ditanam secara kecil-kecilan oleh kebanyakanya petani di Sabah dan Sarawak. Pendekatan bioteknologi tanaman, khususnya kaedah pembiakan mikro kultur tisu dan sifat pembiakan baka kuantitatif mampu menyumbang kepada penyelidikan padi bukit di Malaysia. Sebelum kaedah pembiakan in vitro padi bukit yang efisien dapat dibangunkan, kajian penginduksian kalus embriogeni adalah sangat penting. Dalam kajian ini NAA didapati tidak sesuai dalam menginduksi kalus padi. Sejumlah 75% penginduksian kalus dicerap bagi kultivar Wai manakala 90% bagi kultivar Panderas pada media MSB5 yang ditambah 2 mg/L 2,4-D. Penambahan 20 g/L sorbitol Berjaya meningkatkan pertumbuhan kalus untuk kultivar Wai dan Panderas masing-masing sebanyak 70% dan 80%. Kajian perbandingan sifat pembiakan baka kuantitatif ex vitro mendapati semua jenis padi mempunyai ketinggian paling tinggi bagi tanpa rawatan berbanding dengan rawatan baja komersil EM (mikroorganisma efektif). Padi yang ditanam menggunakan baja tanah komersil EM mempunyai ketinggian paling rendah dan akhirnya mati. Namun begitu, hasil padi menggunakan baja komersil EM mencatatkan jumlah biji benih tertinggi serta mencapai hari matang yang lebih awal berbanding rawatan tanpa baja.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 169 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q3 (Engineering (all)) |
Additional Information |
SJR (0.191) |
|
|
|