Articles uploaded in MyJurnal |
|
|
View Article |
Kesan percambahan dan rawatan haba terhadap gamma amino butyric acid (GABA) dan asid amino dalam beras perang cambah varieti MR 219
Zuwariah Ishak1, Hasri Hassan2, Siti Adira Mohd Zaidun3.
Kajian penyelidikan ini adalah untuk menilai kandungan gamma amino butyric acid (GABA) dan asid
amino dalam produk beras perang cambah MR 219. Kajian ini melibatkan beras putih MR 219, beras perang MR 219 dan beras perang cambah MR 219 dengan masa percambahan dan rawatan haba yang berbeza serta beras perang cambah komersial. Dalam kajian ini beras perang cambah varieti MR 219 secara signifikan menunjukkan kandungan GABA yang tinggi (35.59 mg/100 g) (p<0.05) berbanding beras perang cambah komersial (12.60 mg/100 g), beras perang (1.43 mg/100 g) dan beras putih (0.82 mg/100 g). Keputusan menunjukkan rawatan haba secara signifikan mengubah jumlah kandungan GABA, serine, glutamic, histidine, threonine, alanine, proline, valine, lysine, isoleusine dan leucine. Kajian juga mendapati asid amino perlu; histidine, threonine, tyrosine, valine, lysine, isoleucine, leucine dan phenylalanine menunjukkan peningkatan yang signifikan (P<0.05) dalam beras perang cambah MR 219 berbanding sampel beras perang cambah yang lain.
Affiliation:
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Malaysia
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Malaysia
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 125 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q3 (Engineering (all)) |
Additional Information |
SJR (0.191) |
|
|
|
|
|