View Article |
Instrumen penilaian kesan persekitaran fizikal bilik darjah terhadap murid
Che Nidzam Che Ahmad1, Asmayati Yahaya2, Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah3, Noraini Mohamed Noh4, Mazlini Adnan5, Nurul Jannah Amri6.
Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan instrumen bagi menilai kesan persekitaran fizikal bilik darjah terhadap murid. Berdasarkan kajian literatur, temu bual bersama guru dan analisis instrumen sedia ada, konstruk dan item yang menyumbang kepada kesan persekitaran fizikal bilik darjah telah dikenal pasti. Kesahan dan kebolehpercayaan telah dilakukan ke atas instrumen yang dibina. Kesahan instrumen melibatkan lapan orang pakar dalam pendidikan dan 900 orang murid terlibat dalam kajian ini. Hasilnya instrumen baru yang dibangunkan ini terdiri daripada tiga konstruk utama iaitu kesan persekitaran kepada kesihatan, keseronokan belajar dan pembelajaran murid. Instrumen ini adalah berbentuk skala likert 1 hingga 5 dengan skala sangat tidak setuju kepada sangat setuju. Muatan faktor untuk setiap item adalah dalam julat antara 0.603 hingga 0.816 dan nilai kebolehpercayaan (alpha) pula adalah dalam julat 0.886 hingga 0.954. Dapatan kajian ini jelas menunjukkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen dan boleh digunakan dalam menilai kesan persekitaran fizikal bilik darjah terhadap murid.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 340 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|