View Article |
Pembangunan dan penilaian model pencapaian matematik berasaskan penyesuaian institusi dan orientasi pembelajaran matematik melalui model persamaan berstruktur kuasa dua terpencil separa
Nor Hashimah Abu Bakar1, Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah2.
Penyesuaian semasa berlakunya transisi institusi merupakan satu proses unik yang menunjukkan keselesaan dan penerimaan terhadap perubahan yang dialami. Kajian berbentuk kuantitatif ini dilakukan bertujuan mengkaji aspek penyesuaian dalam kalangan pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) major pendidikan matematik di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan seterusnya membina model pencapaian matematik. Teori transisi Schlossberg menjadi asas kepada kajian yang dilakukan. Instrumen kajian diadaptasi dan diubahsuai daripada Student Adaptation to College Questionnaire (SACQ) dan Orientasi Pembelajaran Matematik (OPM). Empat komponen penyesuaian (akademik, sosial, peribadi-emosi dan komitmen institusi) dan tiga komponen OPM (tabiat belajar, sikap pelajar dan kebimbangan matematik) menjadi tumpuan utama dalam kajian ini. Analisis data dilakukan secara deskriptif dan menggunakan pendekatan Model Persamaan Berstruktur Kuasa dua Terkecil Separa (MPB-KTS). Dapatan kajian menunjukkan, secara keseluruhannya penyesuaian pelajar berada pada tahap sederhana. Selepas satu semester, kajian juga menunjukkan bahawa pencapaian matematik pelajar turut dipengaruhi oleh tahap penyesuaian pelajar. Kajian dilakukan berjaya membina dan menilai model pencapaian matematik berasaskan MPBKTS yang memperlihatkan hubung kait secara secara signifikan antara penyesuaian, OPM dan pencapaian matematik. Jelas menunjukkan bahawa, selain daripada aspek kognitif pelajar, aspek penyesuaian dan OPM juga berhubung kait dengan pencapaian matematik.
Affiliation:
- Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 330 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|