Kesahan dan kebolehpercayaan inventori keberkesanan emosi Ellis
Siti Khadijah Mahamad Sakri1, Ahmad Jazimin Jusoh2, Mohammad Nasir Bistamam3.
Kajian ini dijalankan untuk mengukur kesahan dan kebolehpercayaan alat ukur Ellis Emotional Efficiency Inventory atau Inventori Keberkesanan Emosi Ellis (IKEE). Kajian ini melibatkan tiga orang pakar yang dilantik untuk menilai kesahan. Kemudian seramai 55 orang pelajar sekolah menengah
yang dijadikan sampel untuk mengukur kebolehpercayaan instrumen IKEE. Dapatan menunjukkan pakar-pakar telah membuat cadangan penambahbaikan daripada aspek bahasa, struktur ayat dan pemahaman responden ketika menjawab soal selidik tersebut. Dapatan juga menunjukkan
pekali kebolehpercayaan yang diperolehi adalah .752. Berdasarkan kepada keputusan kajian, alat ukur IKEE mempunyai potensi untuk digunakan dalam mengukur pemikiran tidak rasional pelajar. Dicadangkan beberapa kajian lanjutan dijalankan untuk memantapkan alat ukur ini.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 385 time(s))