View Article |
Perbandingan piawaian perkhidmatan kerjaya antara empat buah negara
Noraini Ismail1, Fauziah Hanim Jalal2, Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip3, Che Anuar Che Abdullah4, Zulkifli Mamat5.
Kajian kualitatif berbentuk analisis dokumen ini bertujuan untuk mencari jawapan kepada persoalan bagaimanakah komponen dan elemen piawaian perkhidmatan kerjaya diperoleh daripada dokumen piawaian sedia ada. Data-data diperoleh daripada empat buah dokumen yang dianalisis menggunakan analisis kandungan. Contoh-contoh dokumen yang dianalisis terdiri daripada empat buah dokumen piawaian perkhidmatan kerjaya dari luar negara yang terdiri daripada National Career Development Association (NCDA), Career Counseling Competencies (1997), International Competencies for Educational And Vocational Guidance Practitioner (IAEVG) (2003), Canadian Standards and Guidelines for Career Development Practitioners (2004) dan Professional Standards for Australian (2007). Analisis kandungan setiap dokumen telah membentuk kategori komponen dan elemen piawaian. Data-data komponen dan elemen yang diperoleh diintegrasikan di dalam jadual matriks untuk melihat perbandingan piawaian perkhidmatan kerjaya di antara empat buah negara. Pemilihan komponen dan elemen piawaian perkhidmatan kerjaya dibuat mengikut komponen dan elemen yang mendapat tumpuan utama. Keputusan kajian telah menghasilkan piawaian perkhidmatan kerjaya yang terdiri daripada komponen-komponen Teori Perkembangan Kerjaya, Kaunseling Kerjaya, Pengujian Dan Penilaian, Sumber Dan Maklumat Kerjaya, Program Kerjaya, Etika Dan Profesional, Penyelidikan, Teknologi, Penempatan, Kepelbagaian diikuti dengan elemen-elemen dalam setiap komponen tersebut. Dapatan kajian mempunyai implikasi ke arah pembentukan piawaian perkhidmatan kerjaya untuk menangani isu-isu ketidakcekapan amalan, ketiadaaan manual dan amalan operasi dalam perkhidmatan kerjaya khususnya di sekolah menengah di negara ini.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 354 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|