View Article |
Pembinaan, kesahan dan kebolehpercayaan inventori kepuasan kerja Herzberg ( IKKH )
Mohammad Aziz Shah Bin Mohamed Arip1, Samsiah Mohd Jais2, Syed Sofian Syed Salim3, Muhammad Bazlan Mustafa4, Tarmalinggam, Jaya Nawrah5, Tan, Ek Sin6.
Kajian ini bertujuan membina, memperoleh kesahan kandungan dan kebolehpercayaan Inventori Kepuasan Kerja Herzberg (IKKH). Soal selidik IKKH bertujuan untuk mengukur tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru. Inventori ini mengandungi 80 item bagi mengukur dua sub skala utama iaitu Faktor Perangsang dan Faktor Hygiene dan setiap sub skala mempunyai 40 item. Sub skala 1: Faktor Perangsang iaitu: A. Kerja itu sendiri (10 item), B. Pencapaian (10 item), C. Pengiktirafan (10 item), D. Tanggungjawab (10 item), manakala sub skala 2: Faktor Hygiene : A. Suasana kerja (10 item), B. Hubungan Interpersonal (10 item), C. Dasar pentadbiran (10 item), dan D. Pendapatan (10 item). Reka bentuk kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk deskriptif. Kesahan kandungan IKKH dinilai oleh pakar yang terdiri daripada lima orang pensyarah universiti dan lima orang pengamal psikologi kaunseling yang berdaftar. Kajian melibatkan 50 orang sampel yang dipilih daripada guru sekolah rendah di Zon Pudu, Kuala Lumpur bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan yang menunjukkan nilai yang tinggi iaitu .891. Kesahan keseluruhan IKKH adalah tinggi iaitu 8.02 (80.2%). Dengan ini, kajian berjaya menghasilkan soal selidik IKKH yang mempunyai nilai kesahan yang baik dan kebolehpercayaan yang sederhana bagi kegunaan bidang psikologi dan kaunseling dalam konteks kepuasan kerja guru.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 452 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|