View Article |
Aplikasi kaunseling kelompok terhadap konsep kendiri, kemurungan dan daya tahan remaja hamil luar nikah
Fauziah Mohd Sa’ad1, Mohammad Aziz Shah Mohammad Arip2, Norazani Ahmad3, Mohd Noor Idris4, Che Anuar Che Abdullah5.
Kajian ini telah dijalankan bertujuan mengukur aplikasi rawatan Kaunseling Kelompok Pemusatan Insan(KKPI) dan Kaunseling Kelompok Psikologi Kognitif Ad-Din(KKPKAD) ke atas konsep kendiri, kemurungan dan daya tahan remaja hamil luar nikah. Kajian ini melibatkan 48 orang remaja dari tiga buah pusat perlindungan wanita iaitu Raudhatus Sakinah, KEWAJA dan Taman Seri Puteri Cheras (JKM). Subjek kajian berumur di antara 13 hingga 21 tahun. Soal selidik yang digunakan ialah Multidimensional Self-Concept Scale (MSCS), Beck Depression inventory (BDI) dan Adolescent Resiliency Attitude Scale (ARAS). Nilai kebolehpercayaan alat kajian diukur melalui kaedah Cronbach Alpha koefisien. Kaedah item keseluruhan dan kesahan konstruk digunakan untuk mengukur tahap kesahan alat ujian. Kajian ini menggunakan reka bentuk ujian pra dan ujian pos. Kaedah quasi eksperimen telah digunakan untuk mengutip data. Subjek telah dibahagikan kepada empat kumpulan. Dua kumpulan rawatan dan dua kumpulan kawalan; (i) Kaunseling Kelompok Pemusatan Insan (n=12) (ii) Kaunseling Kelompok Psikologi Kognitif Ad-Din (n=12) dan (iii) kumpulan kawalan 1 (n=12) dan kawalan 2 (n=12). Setiap kumpulan rawatan menjalani sesi kaunseling kelompok selama tujuh kali iaitu sekali setiap minggu selama tujuh minggu berturut-turut. Data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif, ANOVA DAN MANCOVA. Hasil kajian boleh dirumuskan seperti berikut : (1) Intervensi Kaunseling Kelompok Pemusatan Insan dan Kaunseling Kelompok Psikologi Kognitif Ad-Din memberi kesan yang signifikan terhadap semua pemboleh ubah terikat utama iaitu konsep kendiri (KK), daya tahan (DT), kemurungan (K) di kalangan remaja hamil luar nikah di ketiga-tiga lokasi kajian. Dapatan kajian menunjukkan intervensi Kaunseling Kelompok Pemusatan Insan dan Kaunseling Kelompok Psikologi Kognitif Ad-Din memberi kesan meningkatkan konsep kendiri, mengurangkan kemurungan dan meningkatkan daya tahan remaja hamil luar nikah. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan pendekatan intervensi KKPI dan KKPKAD adalah sesuai untuk digunakan ke atas pelbagai golongan dan peringkat umur. Implikasi, limitasi dan saranan untuk kajian akan datang turut dibincangkan dalam kajian ini.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 450 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|