View Article |
Kesan kaunseling kelompok penyesuaian remaja terhadap resilien dalam kalangan remaja berisiko mengambil dadah
Mohammad Nasir Bistamam1, Samsiah Mohd Jais2, Aslina Ahmad3, Amelia Mohd Noor4, Ahmad Jazimin Jusoh5, Muhammad Bazlan Mustafa6, Noraini Hj. Ismail7, Faizura Rohaizad8, Mohd Noor Idris9.
Kajian eksperimen kuasi ini bertujuan mengukur kesan Kaunseling Kelompok Penyesuaian Remaja (KKPR) terhadap Resilien (RES) serta subkonstruk RES iaitu Optimistik (OP), Kawalan Diri (KD) dan Hadapi Cabaran (HD) dalam kalangan remaja berisiko mengambil dadah. Dua pembolehubah moderator turut diuji dalam kajian ini iaitu gender subjek dan gender fasilitator. Kajian ini melibatkan 90 subjek (45 lelaki dan 45 perempuan) yang diagihkan kepada 6 kelompok iaitu 2 kelompok rawatan lelaki (30 subjek), 2 kelompok rawatan perempuan (30 subjek) dan 2 kelompok kawalan (30 subjek). KKPR dikendalikan oleh 6 fasilitator (3 lelaki dan 3 perempuan). Data kajian dikumpul berdasarkan pra ujian dan pos ujian berbentuk laporan kendiri menerusi IRBMD yang mempunyai nilai kesahan keseluruhan .82 dan nilai kebolehpercayaan keseluruhan .81. Data seterusnya dianalisis secara deskriptif menggunakan analisis perbandingan min dan secara statistik menggunakan ANCOVA, MANCOVA dan Post Hoc. Hasil kajian menunjukkan KKPR berkesan ke atas RES dan subkonstruk RES iaitu KD, HC dan HC. Di samping itu hasil kajian juga menunjukkan
tidak terdapat perbezaan kesan gender subjek dan gender fasilitator terhadap rawatan. Adalah dicadangakan agar pendekatan pencegahan dadah perlu ditingkatkan sebagai salah satu usaha intervensi peringkat awal.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 414 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|