Halangan nilai dan budaya dalam kalangan kaunselor pelatih semasa internship kaunseling di sekolah: kajian kes
Nurul ‘Ain Mohd Daud1, Nazariah Ab. Samad2, Fauziah Hanim Jalal3, Norazani Ahmad4.
Kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan kajian kes ini bertujuan untuk mengenalpasti halangan nilai dan budaya dalam kalangan kaunselor pelatih. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengenalpasti strategi menangani halangan tersebut Kajian ini dijalankan ke atas 26 orang bekas kaunselor pelatih disebuah institusi pengajian tinggi awam di Malaysia. Analisis tema yang diperkenalkan oleh Lichtman (2006) digunakan untuk menganalisis data. Kajian mendapati perbezaan nilai dan budaya merupakan antara halangan yang dialami oleh kaunselor pelatih dengan klien dan warga sekolah. Antara strategi yang diambil dalam menangani halangan tersebut ialah pemahaman dan penyesuaian kaunselor pelatih terhadap budaya sekolah dan warganya.
Dalam penulisan ini implikasi dan sumbangan kajian di bincangkan.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 657 time(s))