View Article |
Kesan kehilangan akibat kematian: strategi daya tindak kaunselor
Norazani Ahmad1, Dharatun Nissa Mohd Fuad Karim2, Nurul ‘Ain Mohd Daud3, Fauziah Mohd Sa’ad4, Hapsah Md Yusof5.
Kajian ini dijalankan untuk meneroka kesan kehilangan individu tersayang akibat kematian kepada diri kaunselor. Selain itu, kajian ini juga melihat kaitan antara kesan kehilangan yang dialami kaunselor dengan strategi daya tindak yang digunakan olehnya bagi mengurangkan rasa kesedihan
dan meningkatkan penerimaan bagi mencapai kestabilan emosinya. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan kajian kes bagi meneroka fenomena-fenomena semasa dalam konteks kehidupan dan pengalaman sebenar yang dialami oleh seorang kaunselor yang mengalami kematian insan tersayang. Data dikumpul menerusi tiga kaedah iaitu data pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kematian orang yang tersayang telah memberi kesan emosi dan psikologikal kepada diri kaunselor. Kesan-kesan emosi dan psikologikal seperti menangis, perasaan bersalah dan ekspresi muka yang sedih ditunjukkan oleh peserta kajian
walaupun peristiwa kematian telah berlalu hampir empat tahun. Manakala strategi daya tindak yang telah digunakan oleh kaunselor bagi meningkatkan kestabilan emosi, perasaan dan pemikiran adalah melalui pembangunan kendiri dan peningkatan profesionalisme sebagai kaunselor. Kajian ini
memberi implikasi kepada aspek etika dan amalan praktis kaunseling terutama ketika kaunselor mengendalikan klien yang mempunyai isu yang sama dengan kaunselor dalam aspek transferens dan counter-transferens. Justeru, kesan kehilangan akibat kematian seseorang yang signifikan dalam diri kaunselor wajar diselidiki agar sesi kaunseling yang dikendalikan oleh kaunselor mencapai objektif yang sebenar.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 349 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|