View Article |
Pendekatan intervensi keagamaan ke atas pelatih pusat pemulihan dadah
Md Noor Hj Saper1, Nurul ‘Ain Mohd Daud2, Fauziah Hanim Jalal3, Misnan Jemali4, Ab Aziz Mohd Yatim5, Mohd Khairul Azman Haji Ajuhary6.
Kajian kualitatif yang berbentuk kajian kes ini bertujuan untuk meneroka apakah intervensi keagamaan yang telah dijalankan ke atas pelatih-pelatih di empat buah CCRC yang terlibat. Temubual secara berkumpulan telah dilaksanakan dalam kalangan empat kumpulan fokus yang terdiri daripada 8 hingga 10 orang pelatih-pelatih yang beragama Islam yang sedang melalui
fasa rawatan (sekurang-kurangnya 6 bulan) di pusat CCRC yang dipilih, manakala seramai 8 Kaunselor dan pegawai agama yang terlibat secara langsung dalam proses intervensi telah ditemubual secara individu. Dapatan kajian mendapati terdapat tiga bentuk intervensi keagamaan yang dilakukan iaitu dalam kelompok besar, kelompok kecil dan secara individu. Pendekatan-pendekatan yang diamalkan pula berteraskan kasih sayang serta hubungan kekeluargaan merupakan pemangkin dalam memperkasakan intervensi keagamaan. Pelaksanaan intervensi keagamaan memerlukan kepada sokongan secara bersepadu daripada pelbagai pihak merangkumi pentadbir, pelaksana, pelatih. persekitaran dan masyarakat setempat. Pendekatan ini memberi pengaruh besar kepada secara holistik merangkumi aspek kognitif, afektif dan tingkah laku terhadap kehidupan pelatih –pelatih.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 338 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|