View Article |
Kebolehgunaan modul bimbingan kelompok konsep kendiri: kesan terhadap pelajar
Yusni Mohamad Yusop1, Melati Sumari2, Fatanah Mohamed3, Ahmad Fathy Ibrahim4, Krishamoorty a/l Muniandy5.
Kajian ini bertujuan untuk mengukur kegunaan Modul Bimbingan Kelompok Konsep Kendiri (BKKK) terhadap murid tahun 5. Subjek didedahkan kepada aktiviti modul menerusi kajian kuasi eksperimen menggunakan satu kumpulan rawatan dengan ujian pasca. Kaedah pengumpulan data adalah
melalui dokumen, iaitu penulisan log/ refleksi. Pendedahan kepada aktiviti Modul BKKK telah dilaksanakan selama enam minggu. Setelah mengikuti aktiviti modul bimbingan kelompok ini, data dokumen refleksi menunjukkan subjek (1) Bersyukur dengan fizikal yang dimiliki (2) Menghargai fizikal yang dimiliki (3) Bersyukur memiliki peribadi yang baik (4) Mampu membina peribadi yang mulia (5) Diri memiliki nilai-nilai moral (6) Yakin diri mampu melaksanakan nilai baik (7) Bersyukur dengan keluarga yang dimiliki (8) Mampu menyumbang kepada kebahagian keluarga (9) Diri telah bergaul dengan baik (10) Yakin mampu hidup bermasyarakat dengan baik (11) Yakin diri mampu meningkatkan pencapaian akademik. Analisis datadokumen ini telah disahkan oleh 3 orang pakar menggunakan nilai Cohen Kappa. Dapatan kajian rintis merumuskan bahawa Modul Bimbingan
Kelompok Konsep Kendiri berkesan terhadap meningkatkan konsep kendiri murid. Sehubungan dengan itu modul mempunyai nilai kebolehgunaan yang baik. Beberapa cadangan penambahbaikan turut dibincangkan.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 404 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|