Articles uploaded in MyJurnal |
|
|
View Article |
Kesan sudut pusaran terhadap pembakaran menggunakan pemusar jejarian dwi aliran
Muhammad Roslan Rahim1, Mohammad Nazri Mohd Ja’afa2.
Pembangunan sistem pembakaran melibatkan pengubahsuaian atau reka bentuk pembakar
baru, ditingkatkan bagi mengurangkan pembentukan emisi pencemar. Pengurangan pembentukan emisi ini dapat dihasilkan daripada pencampuran bahan api dan udara yang sempurna sewaktu proses pembakaran berlaku. Percampuran bahan api dan udara yang tidak sempurna dilihat dapat memberi kesan ketika pencucuhan awal selain mendatangkan masalah dari segi kestabilan nyalaan serta kecekapan pembakaran. Artikel ini membincangkan kajian mengenai kesan aliran berpusar yang dijana menggunakan pemusar dwi ganda aliran jejarian ke atas ciri-ciri nyalaan yang berkaitan dengan pembentukan emisi NO. Pemusar dwi ganda aliran jejarian yang digunakan dalam kajian ini terdiri dari sudut 30°/40°, 30°/ 50° dan 30°/60°. Diesel digunakan sebagai bahan api dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa semua pemusar dwi ganda aliran jejarian yang digunakan mempunyai kesan yang berbeza terhadap ciri-ciri nyalaan dan taburan suhu. Dari semua jenis pemusar dwi ganda aliran jejarian yang dikaji, didapati pemusar dwi ganda bersudut 30°/60° menghasilkan nyalaan dengan suhu yang tinggi, jarak nyalaan yang pendek dengan berwarna biru dan melebar.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 138 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q3 (Engineering (all)) |
Additional Information |
SJR (0.191) |
|
|
|
|
|